cloth diapering journey,breasfeeding,babywearing,cooking,dan macam-macam lagi yang saya rasa nak tulis dan kongsi~~~
Penggunaan MasyaAllah,Tabarakallah..mari singkapi rahsianya..
Assalam semua,sempena hari Jumaat yang mulia ni,ummi nk share sedikit ilmu dengan para sahabat semua..iaitu penggunaan ucapan MasyaALLAH, TabarakALLAH ~
Terdetik di hati ummi berkaitan penggunaan kalimah ni semasa ummi mendengar tazkirah dan ceramah dari Syeikh Nuruddin Marbu Albanjari Almakki..Beliau sangat suka menuturkan kalimah ini setiap kali beliau menyampaikan tazkirah dan ceramah beliau.Selalunya yang kita biasa dengan adalah penguunaan kalimah MasyaAllah..tetapi TabarakAllah adalah jarang-jarang sekali..Ummi ada bertanyakan dengan En suami,tetapi beliau pon agak kurang pasti..memang jadi kebiasaan ummi merujuk kepada En suami dahulu jika ada sebarang kemusykilan..jadi ummi pon memulakan carian dengan EN Google dan bertemulah dengan jawapan yang dicari..
MasyaAllah (Allah yang berkehendak seperti itu) Tabarakallah(Allah berikan kamu barakah) adalah perkataan yang disebut apabila melihat sesuatu yang cantik... yang indah..yang mana bukan milik kita ataupun milik kita(mcm isteri yang cantik,anak-anak yang soleh,baby comel atau cerdik.. kawan pakai hp baru. kereta baru.. masuk umah baru) kita UCAPKAN seperti di atas.. masyaALLAH tabarakallah..Ucapan ini sangatlah biasa dikalangan orang Arab..tetapi sangat2 jarang digunakan di tempat kita.
Ini kerana ia dapat menjaga panahan HASAD DENGKI yg wujud dalam diri kita..selain menjaga kebaikan dan keharmonian pemilik tersebut# supaya apa yg dia ada tidak rosak(kereta, umah, atau di timpa bencana)kerana hasad dengki amat buruk kesan nya ..
Kalau lepas ni, kawan2 beli rumah baru.. dapat keja baru yang bergaji besar, tukar keta baru or apa sahaja yang baik. ucapkanlah.. (MasyaALLAH.. tabarakallah) ulang la 3 kali.. dengan senyuman.. pasti anda akan dapat rasakan kelainan.. AMALKAN lah.. cubalah..
Satu pedoman yang sangat baik buat ummi dan kawan-kawan.InsyaAllah jom kita amalkan.semoga ilmu in bermanfaat buat semua..Wassalam..=)
credit to: http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/2013/02/masyaallah-tabarakallah.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam bole share tak awak punye posting ni...
ReplyDeleteDalam satu taskirah zohor, seorang ustaz menyatakan utk mengelak penyakin 'Ain' (penyakit akibat panahan mata), maka hendaklah di ucapkan ucapan ini apabila melihat perkara/benda yang cantik atau hebat tersebut.
ReplyDeleteJika di ucapkan perkataan2 selain dari MasyaAllah ini, kata beliau jika 3-10 orang mengucapkannya maka akan berlaku perkara yg tidak baik kepada perkara/benda yang cantik/menarik/hebat tersebut. Sebagai contoh, jika ada satu pokok bunga orkid yg cantik bunganya dan 3-10 ucapankan 'Wow cantiknya bunga orkid ini" - dikatakan dalam beberapa tempoh pokok orkid itu boleh mati. Ini lah yang dikatakan penyakin 'Ain'. Oleh itu beliau menyatakan hadith nabi yang menyuruh umat beliau menyatakan 'MASYAALLAH' LAUHAWALA KHUWATA ILLAH BILLAH' bila melihat sesuatu yg cantik/indah/mengkagumkan...
-Sekian pengkongsian saya.
info yang baik
DeletePengetahuan yang baik utk umat islam sekalian...
DeleteTerima kasih ummi dan para sahabat sekalian!!!
jazakillahukhair ummi..
Deletenak share boleh sis
ReplyDeletejemput share=)
DeleteTerima kasih ummi atas pencerahan
DeleteMashaAllah tabarakallah... syukran jazilan atas perkongsian
ReplyDeleteSaya share.. Syukran
ReplyDeleteJazakillohu khairon
ReplyDeleteJazakillohu khairon
ReplyDelete"ulang la 3 kali.. dengan senyuman.. pasti anda akan dapat rasakan kelainan.. AMALKAN lah.. cubalah.."
ReplyDeletekalimat ini sepatunya tidak ada, baru betul.. Wallahualam..
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteToyib , barrokallohufik ummi
ReplyDeleteJazakallahu khairon
ReplyDeleteSubhanaallah, penerangan yg best sis.
ReplyDeleteSy sharing yer sahabat..
ReplyDeleteJazaakallahu khoiran kathira
ReplyDeleteLalu apa jawabannya umi jika ada orang berkata demikian untuk kita?
ReplyDeleteAs salam..pertama Kali terbaca ruangan blog INI..Allahu Akbar..besar sungguh hikmah dan pembelajaran didlm perkongsian melalui usaha saudari puan ummi INI dlam menebarkan ilmu Dan pembelajaran Sumner Islam..alhamdulillah terima kasih yang tidak terhingga utk semua perkongsian INI..truskan usaha murni saudari INI dn semoga sentiasa dlam limpahan rahmat Allah swt untuk saudari sekeluarga Dan kita semuanya..inshaallah aamiin.. Barakallahufikum..
ReplyDeleteMashaAllah TabarakAllah..suka sangat tulisannya,Terimakasih sudah berbagi ilmu,dan juga suka sangat dg design tulisannya berwarna2😊😊😍
ReplyDeleteSaya pun share juga ye... mohon izinkan..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemohon izinkan saya share yee.. syukran :)
ReplyDeleteSyukran...
ReplyDeleteSyukran...MashaAllah Tabarakallah
ReplyDeleteMasyaa Allah Tabarakallah.
ReplyDeletejazakillahu kheir Ummi.
Masya allah...tabarakallah
ReplyDeleteSaya share ye...trima kasih atas ilmu
ReplyDeleteSaya share ye.. Terima kasih
ReplyDeleteJazakallahukhair...ummi semoga Allah melimpah kan rahmat..
ReplyDeleteAssalamualaikum Ummi, jika kita dipuji seseorang.. Adakah sesuai kita balas dengan perkataan ini juga?
ReplyDeleteMohon share
ReplyDeleteJazakallah khair.