nak belajar bahasa syurga..?

cara memasak pure marine collagen

Assalam semua..

hari ni ummi nak kongsi cara memasak pure marine collagen ni memandangkan ramai yang tnya mcm mana cara penyediaannya..jadi ummi buat entry khas untuk korang..=)

langkah pertama:

rendamkan kolagen kering tu mengikut jumlah yang diingini lebih kurang 5-6 jam..klu nk rendam semua 1 pek tu pon blh..tahan sehingga 3-4 minggu pengunaan..tp pada kali ini ummi rendam sket je..dlm secekak gitu..nnti2 habis masak lagi..mood rajin la katakan...ngee..


langkah kedua:

basuh kolagen yang dah kembang tadi dan toskan..untuk makluman semua,kolagen kering tadi akan mengembang 2-3 kali ganda dari saiz asalnya..jadi janganla terkujat terkejut bila tgk saiz kolagen anda membesar bagai juara setelah semalaman direndam ye..=)



 langkah ketiga:

masukkan kolagen yg ditoskan tadi kedalam periuk yang comel2 sesuai dengan kuantiti kolagen tu je ya..xperlu periuk besar2 sangat..kang nanti penat je nk membasuh periuk yg besar gabak tu..letak sedikit air..agak2 je sesuai dgn kuantiti kolagen yg kita nk masak tu..kemudian masak di atas api sederhana..klu rajin korang kacau2 la sedikit..klu malas biarkan ajer..

langkah keempat :
setelah semua kolagen tadi hancur,masukkan kedalam bekas dan biarkan ia sejuk seketika..kemudian boleh la masukkan kedalam peti sejuk..pastikan pakai bekas yang bertutup ye untuk elakkan sebarangbendasing masuk dan bagi nmengelakkan pertumbuhan kulapuk..



dah siap..bila korang nak makan,just cedok 3-4 sudu shj dan masukkan dalam air,letak perasa yang diingini,dan blh terus minum/makan..perlu diingat,jangan letak gula pasir ye..gula batu xpe sbb gula batu ni bersifat ubat..opssss..jgn lupa bc Bismillah dan selawat dulu ye..InsyaAllah semoga berhasil..=)

boleh juga buat masker ye..kesannya InsyaAllah kebaboom..

Wassalam..=)

KHASIAT 100% PURE MARINE COLLAGEN | IBU KOLAGEN | SEA BIRD NEST| RUMPAI LAUT KERING????

Assalam semua..

dah berhabuk blog ummi ni..virus malas telah melanda..maka tinggallah blog ni mcm ni je..hehe..hari ni ummi nak share sesuatu dengan anda semua..benda ni mesti orang perempuan sukaaaaa sangat terutamannya yang dah menginjak usia hanpir ke 30-an..pernah dengar pure marine collagen tak??ramai orang yang ambil kolagen untuk kecantikan kulit..kat sini ummi nak kenalkan sejenis kolagen yang 100% pure punya yer..kolagen mentah yang xdak campuran bahan2 sampingan yang berbahaya atau diragui..fresh from the sea..senang aja cara menggunakannya..hanya perlu rendam,rebus,dan tadaaa..siap..boleh minum dan di buat masker..nk gunakannya pon rasa confident sebab benda ni bebas chemical a gift from mother earth la katakan..=)

kepada yang nak tengok rupa kolagen tu..ni dia..

yang ni jenis raw/mentah punya

yang ni rupanya selepas direndam 3-4 jam yer..ala2 macam jeli..

KAEDAH PENYEDIAAN A

Cara Penggunaan :

1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman

3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan

4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus

5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais (stok untuk 4 minggu) – simpan segumpal kolagen mentah yang telah direbus tadi (seperti agar2) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais untuk dijadikan masker


Cara Pengambilan :

1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)

2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan sunquick/air buah

3. Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat =)


Cara Membuat Masker :

1. Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas

2. Sapu rata gumpalan kolagen tadi di muka (sangat bagus dibuat setiap hari)

3. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci


KAEDAH PENYEDIAAN B

Cara Penggunaan :

1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman

3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan

4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus

5. Masak dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit. Kacau sehingga hancur. Boleh juga dicampurkan dengan gula batu atau ginseng
6. Biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais


Cara Pengambilan :
1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - lebih elok dimakan begitu saja
3. Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat =)
4. Jika masak kolagen tanpa mencampurkan dengan gula batu atau ginseng, boleh juga dijadikan sebagai masker

PERHATIAN :

* Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita..

* Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum & lebih cepat! banyakkan minum air kosong..




Kebaikan Kolagen Asli

  • Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON, peningkatan PAYUDARA
  • Anti-bakteria, membuang TOKSIN
  • Menghilangkan SEMBELIT
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension
  • MENCANTIKKAN KULIT, MELICIN dan MENEGANGKAN kulit serta PAYUDARA (anti penuaan)
  • Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT)
  • Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
  • Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT, mengurangkan KEDUTAN, TEMPAT HITAM, SELULIT DAN JERAWAT
  • Membantu meningkatkan METABOLISME
  • Meningkatkan fungsi stomatch
  • Membantu menghapuskan nefritis, Artritis, basal
  • Menguatkan saluran darah, meningkatkan penyakit sendi, kecacatan kolagen, darah badan dan purpura haemorrhagica
  • Meningkatkan PEREDARAN DARAH, dingin dan mencegah sakit bahu
  • Berkesan bagi orang-orang yang telah sarcoma atau TUMOR
  • SLIM UP abdomen dan PUNGGUNG anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang
  • Mencegah ANEMIA
  • Mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang, sinews dan ligamen serta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya
*--*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Dah ramai yang mencuba dan terbukti berkesan..xperlu bayar mahal2 untuk dapatkan kolagen..hanya dengan modal yang rendah kita dah mampu untuk kelihatan lebih cantik dan menarik serta mempunyai kulit yang glowing..dah banyak kajian tentang marine collagen ni..siap dah masuk rancangan nona pada 20 May 2012 lagi..=)

murah jer harganya..untuk 100gram(1 bungkus)--> penggunaan untyuk 3-4 minggu cuma RM29.00 sahaja yer..harga yang dinyatakan sudah termasuk postage ke semenanjung ye kawan2!!!!!

kalau nak jimat atau beli secara borong hanya RM190.00  sahaja termasuk postage ke semenanjung untuk 10 pek/ 1 KG

jika berminat boleh sms ke  012-5911239 atau email ke amreedatrading@gmail.com

more detail tentang vitamin c organik 500mg/1000mg/organik plus????  korang boleh join SINI untuk maklumat lebih lanjut

sekian,wassalam..=)

pelbagi idea untuk simpan koleksi stash cloth diapers kesayangan anda\(n_n)/

kat sini ummi nak share gambar-gambar koleksi gobok cloth diapers yang ummi jumpa di baby center..wah..bkn mai seronok tgk koleksi-koleksi yang dimuat naik kat situ..mmg comell sgt..terasa nak mkn jer..berwarna warni dan pelbagai corak yang ada..mcm2 kreativiti mama-mama kat sana menyimpan cloth diaper stash mereka..jom kita skodeng...



cantiknya kombinasi warna wall dia..(^,^)


ummi paling suka yg ni..verangan ada satu kat rumah..hihihi..






amacam??teruja tak???macam mana pulak cara mummies di luar sana simpan cloth diapers kesayangan masing2??

kalau nak tgk lagi gambar-gambar yang lain blh ke SINI..

PERIHAL X10DER DAN INNER SHAWL "MUKA BULAT JADI BUJUR" DAHLYA FASHION

Assalam semua..

semalam ummi berkesempatan tonton rancangan Safiyya di tv9..kebetulan semalam Muaz tido awal,,bagi chance ummi rehat kejap la..so,sambil ralit menyuap nasi kemulut,tgk la rancangan safiyya yang padat dengan info dan segmen fesyen untuk golongan muslimah macam ummi ni..yerla..cedok2 sket idea untuk berfesyen..ikut fesyen anak2 remaja zaman kini..brula xketinggalan kan??haha..wlupon ummi ni xla pandai sgt berfesyen..tp ummi memang minat dengan rancangan fesyen  yang memaparkan pakaian-pakaian,trend mekap dan apa2 jerla yang lawa-lawa dan cantik-cantik..jamu mata la katakan..

sampai 1 segemen ummi agak tertarik dengan fesyen dari dahlya fashion..ada X10DER(baca betul2 ye..sebutannya mcm ni extender) ngeeee..bagi ummi ni adalah satu idea yang sangat kreatif dan inovatif..muslimah kini boleh berfesyen setanding dengan fesyen2 yang lain..siapa kata muslimah sekarang xboleh berfesyen,kolot dan ketinggalan zaman??(meh nak cubit mulut dia)..come on guys..buka mata besar2..haha..mmg cantik di mata ummi..baru ummi perasan masa tonotn cerekarama last 2 week cerita "JUJUR AKU DAYUS"..Nora Danish ada pakai x10der ni..mmg cantik..tapi ummi ingat mmg baju dia attach sekali..maknany jahit 2 lapis..rupa2nya dia pakai x10der ni..bagi yang xtahu rupa x10der dahlya fashion ni,ni la rupanya:





ni rupa modelnya..cun kan???
model mengenakan x10der bercorak bunga


model mengenakan x10der plain

sumber dari pokcik gugel..

lawa x??mengikut kata perekanya..x10der ni ada pelbagai saiz..so,kita boleh pilih ikut saiz badan sendiri la..ibarat kata pepatah "ukur baju di badan sendiri la" yer..hehe..baru cun dan ngam dengan badan kita..

ni pulak inner shawl dahlya fashion:
pandangan dari tepi..ada lebihan yang boleh menutup ke'bulatan' wajah pemakainya

sudut pandangan depan ~ amacam..nampak bujur x??

untuk makluman SINI website dahlya fashion buat rujukan teman-teman kalau ada yang berminat nak order online..ummi pon tengah plan nak rembat 1..nanti klu dah rembat boleh share testimoni xtender ni kat sini yer..tunguuuuu...

pengasuh oh pengasuh..

pening jugakla kepala ummi dan walid memikirkan kat mana nak hantar Muaz lepas ni..pengasuh lama dah surrender xmau ngasuh lagi..alasan yang dia bagai dah xlarat..hmm..mcm2 la..padahal dah nak dekat setahun dia jagan Muaz..kesian anak ummi..sedangkan ada sebab lain(sebab terjadi satu peristiwa) yang mungkin buat dia malu kot..so,dia bagi la alasan yang xberapa nak munasabah pada pandangan ummi,,mak to pon sibuk dok cari orang nak ngasuh muaz..tambah pulak kita baru dikejutkan dengan isu bungkus bayi dekat Masai Johor tu..lagila ummi susah hati..nak hantar ke nurseri rs takut plak..lgpon Muaz kecik lagi perlu lebih perhatian kot..selalu nk mengutip letak dalam mulut..semua nk di makannya..huhu..

Last-last mak tok dapt jugak cari pengasuh baru..tapi Muaz dah besar skrg ni..susah la dia xnak dekat orang yang dia xkenal/xfamiliar..haishhhh..disaat-saat ini ummi rasa mcm nak berhenti kerja jer..jadi suri rumah..besarkan anak sendiri depan mata dengan tangan sendiri..settle prob;em..tapi sapa yang nak bayar hutang ummi dengan incik PTPTN plak kan??huaaaa..klu incik somi sanggup ok ler..hahaha..tapi incik somi pon bertimbun hutangnya..huhu

hari pertama Muaz dengan pengasuh barunya..sessi suai kenal..mak tok tinggalkan Muaz tapi Muaz nangis cari maktok..sampai muaz lena mak tok tinggal Muaz..bila Muaz jaga jer dia punya meraung xhenggat dok cari mak tok dia/ummi dia la kan sebab tiba-tiba jaga tengok orang yg xdikenalinya..mau cuak jugak kan..huhu..last pengasuhntelefon mak tok suruh ambik Muaz sbb mmg dia melalak sakan la..huhu..hari ni..en somi mengasuh Muaz..jd okla..tunggu hari Isnin plk nk tengok mcm mana tahap penerimaan Muaz dekat pengasuh baru ni..haiiiii..apala nasib..masuk ni dah 3 orang pengasuh Muaz..xkekal lgsg..pengasuh mula2 dekat jer..org depan rumah..tetiba laki dia nk pindah pulak..pengasuh kedua ni ada masalah teknikal plk..ni masuk pengasuh ketiga harap-harap kekal la..huhu..apa-apa pon ummi cuba muhasabah diri mungkin ada hikmah disebaliknya yang kita xtahu tp telah diaturkanNya buat hambanya yang lemah ini...


CLOTH DIAPER MURAH DAN JIMAT ker???

Assalam semua..kesekian kalinya ummi ambik masa nak menulis blog ummi yang agak berhabuk ni..huhuhu..bknnya apa..xberkesempatan nk menulis(sbnarnya sifat M datang menjenguk)hehe..banyak kisah yang terjadi dalam hidup  ummi ni..tap xberkesempatan nak shere dengan rakan-rakan diluar sana..

pernah tak ibu-ibu atau bapa -bapa dengar tentang cloth diaper??apa tu cloth diaper??lampin kain??ya la..klu di translatekan kedalam bahasa melayu bunyinya macam tu la kan??lampin kain macam napkin tu ke??klu macam tu dah mmg wujud lama dah..sejak zaman tok-tok moyang kita lagi..tp yg ummi maksudkan ni modern cloth diaper..mmg idea modern cloth diaper atau lampin kain moden ni berasal dari idea nenek moyang kita jugak..tapi telah diubahsuaikan dengan cara yang lebih mudah dan menyenangkan para ibu bapa diluar sana,,tapi xramai orang yang menyedari kewujudan cloth diaper ni..ummi sendiri mengenali cloth diaper semasa mengandungkan anak sulung ummi..Muhammad Muaz Fakhri..hasil dari jalan-jalan di alam maya ni..terjumpa group discussion tentang cloth diaper ni dan terdetik di hati ummi untuk mencuba pada anak sulung ummi yang bakal lahir ni..yela..diaorang bgtahu jimat..cantik..senang nak pakai..jadi ummi pon mula la buat research pasal cloth diaper ni..sebelum ni ummi xpernah jumpa lagi mana2 kawan-kawan,sanak sedara atau jiran-jiran yang pakai cloth diaper ni..jadi xde la sumber rujukan..jadi cari sendirila pro & cons cloth diaper,ciri-ciri cloth diaper,jenis-jenis cloth diaper, fabrik yang digunakan untuk buat cloth diaper,cara pakai,cara guna,cloth diaper terbaik,jenama cloth diaper yang best dan macam-macam lagi la yang senangkatan dengannya..

Pernah jugak tengok dan terbaca iklan dalam majalah PA & Ma (majalah ni walid kerap beli utk rujukan ummi dan walid sebagai persediaan menjadi ummi dan walid la katakan)..tengok harga lampin kain moden lunatots mmg terbeliak dan berpeluh jugak la..mana taknya sehelai cloth diapers mencecah harga sehingga ke RM50 hengget..mana la nk mampu borong sekaligus..tambah-tambah pulak kami ni kategori orang biasa ja..pendapatan pon cukup makan je..nak kata mewah tu xla..kira dalam kategori sederhana je la..tapi xpela..sebab ada yang claim cloth diaper ni mmg menjimatkan..jadi ummi dan walid plan nak beli sikit2 la..jadi ummi buat keputusan nak rembat beberapa helai cloth diaper dulu sebab nak tengok keberkesanannya pada bakal anak ummi ni..ummi nak cari dekat kedai jual barang baby memang xjumpa la..klu boleh ummi nak tgk dan pegang sendiri cloth diaper ni..lebih puas hati dapat explanation dari tuan kedai tu tentang cara-cara penggunaan dan penjagaan cloth diaper ni..puas ummi menggunakan khidmat pokcik gugel tapi xjumpa jugak kedai yang ummi boleh ziarah dekat kawasan pulau pinang ni..terutamanya belah seberang laa..klu tgk online mmg banyak pilihan dann harga yang ditawarkan lebih kompetitif dan murah macam dekat kedai cloth diapers ni..harganya mmg berkaliganda murah la berbanding dengan lunatots tu..tp ummi xyakin sbb xtahu sesuai atau x dengan baby ummi yg bakal lahir ni...cutting ok ke x ke..semua xconfident..

Akhirnya ummi ambik keputusan nak ajak walid pi kedai lunatots yang terletak diseberang laut..bukan seberang indonesia tu yer,,seberang pulau pinang jer..hehe..kena la naik jambatan..setelah puas mencari akhirnya jumpa jugak kedai lunatots kat sg dua ni..mula-mula ummi beli dalam 3 helai..ye la sbb baby belum lahir lagi..jadi beli dulu sikit..nanti baby da lahir klu ok bru ummi plan nk tambah..ummi ambik 1 helai lunatots AIO ,1 helai lunatots button dan 1 helai lunatots velcro..total lebih kurang RM130 klu xsilap..mahal jugak kan??huhu..betul ka orang kata cloth diaper murah??klu murah kenapa 3 helai je dah rm 130??murah ke cloth diaper??cloth diaper murah??? toink..toinkk..toink..

dipendekkan cerita,ummi dah selamat melahirkan putera sulung terchenta..dah nk naik kerja ummi plan nk kena tambah cloth diaper sbb mana nak cukupkan 3 helai jer cloth diaper untuk putera ummi ni..jadi ummi ajak walid pergi borong cloth diapers dekat lunatots lagi..walid ikut jer sbb ummi yang nk sponsor untuk cloth diaper..ummi rembat 5pcs cloth diaper lunatots harga???ehemmmm..jgn tnya la..blh congak sendiri k..jadi sekarang total stock cloth diapers muaz  hanya ada 8 pcs..tp xpe..pelan2 nnti ummi akan tambah sbb ummi plan nk beli online sbb dah tahu mcm mana tekstur,gambaran,cutting dan rasa...erk rasa????bkn rasa yg mkn tu la..hahaha..rasa kain cloth diapers tu mcm mn..hihihi..untuk makluman semua..ummi xterus fully cloth diapering  ummi..ummi buat berperingkat sbb yela..stock cd xmencukupi kan??plus nak habuskan disposable diaper yang ummi beli utk muaz masa ummi dalam pantang ni..beli dalam 1 kotak kot..180 pcs jugak la..sbb bklh dapat murah dari sepupu ummi kan..jadi habiskan yg tu dulu..

Bila dah naik kerja,ummi pon start la cari cloth diaper online yang murah-murah dan affordable dan yang ada good review..jadi ummi tambah cloth diaper papoose dalam 3 helai dan babyland 2 helai..yg ni agak murah la jugak..tp ummi rasa dekat sini lagi murah laa..jadi skrg muaz dah ada 13 helai cloth diaper..dari apa yang ummi baca,klu nk fully cding ni at least kena ada dalam 15 keping cloth diaper..bru ckup dan agak selesa nak fully cding ni..tp kena basuh kerap jugak la..dalam 2 hari sekali..sbb muaz pakai 5 helai cloth diapers sehari..itu klu xberak/cirit..klu tak maybe lebih kot..
lama-lama ummi tambah lagi untuk muaz..mula-mula start dengan plain colour dulu lepas tu ummi muaz teringin plak nak pakaikan muaz dengan animal print dan print yang comel2 lagi la..borong lagi untuk muaz..tapi ummi beli sikit-sikit ok..ummi ni xla kaya mana nak borong sekali harung kan??heheh..beli la sunny baby printed yg ada macam-macam corak tu..jadi alhamdulillah skrang ni dah bnyka koleksi muaz..bolehla ummi basuh 3 hari sekali cloth diaper muaz tu..sbb ummi kna rajin malas sebenarnya..haha.ok nanti ummi cerita lagi perjalanan melampin kain kan putera tersayang..kalau nak cari cloth diapers di penang atau pulau pinang boleh tengok SINI

sedikit koleksi cloth diaper muaz untuk tatapan ummi-ummi diluar sana~




woott...woott..kain jemuran di ampaian~

present you cloth diaper model of the year!!!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...