nak belajar bahasa syurga..?

Penggunaan MasyaAllah,Tabarakallah..mari singkapi rahsianya..




Assalam semua,sempena hari Jumaat yang mulia ni,ummi nk share sedikit ilmu dengan para sahabat semua..iaitu penggunaan ucapan MasyaALLAH, TabarakALLAH ~


Terdetik di hati ummi berkaitan penggunaan kalimah ni semasa ummi mendengar tazkirah dan ceramah dari Syeikh Nuruddin Marbu Albanjari Almakki..Beliau sangat suka menuturkan kalimah ini setiap kali beliau menyampaikan tazkirah dan ceramah beliau.Selalunya yang kita biasa dengan adalah penguunaan kalimah MasyaAllah..tetapi TabarakAllah adalah jarang-jarang sekali..Ummi ada bertanyakan dengan En suami,tetapi beliau pon agak kurang pasti..memang jadi kebiasaan ummi merujuk kepada En suami dahulu jika ada sebarang kemusykilan..jadi ummi pon memulakan carian dengan EN Google dan bertemulah dengan jawapan yang dicari.. 

MasyaAllah (Allah yang berkehendak seperti itu) Tabarakallah(Allah berikan kamu barakah) adalah perkataan yang disebut apabila melihat sesuatu yang cantik... yang indah..yang mana bukan milik kita ataupun milik kita(mcm isteri yang cantik,anak-anak yang soleh,baby comel atau cerdik.. kawan pakai hp baru. kereta baru.. masuk umah baru) kita UCAPKAN seperti di atas.. masyaALLAH tabarakallah..Ucapan ini sangatlah biasa dikalangan orang Arab..tetapi sangat2 jarang digunakan di tempat kita.

Ini kerana ia dapat menjaga panahan HASAD DENGKI yg wujud dalam diri kita..selain menjaga kebaikan dan keharmonian pemilik tersebut# supaya apa yg dia ada tidak rosak(kereta, umah, atau di timpa bencana)kerana hasad dengki amat buruk kesan nya ..

Kalau lepas ni, kawan2 beli rumah baru.. dapat keja baru yang bergaji besar, tukar keta baru or apa sahaja yang baik. ucapkanlah.. (MasyaALLAH.. tabarakallah) ulang la 3 kali.. dengan senyuman.. pasti anda akan dapat rasakan kelainan.. AMALKAN lah.. cubalah..


Satu pedoman yang sangat baik buat ummi dan kawan-kawan.InsyaAllah jom kita amalkan.semoga ilmu in bermanfaat buat semua..Wassalam..=)

credit to:  http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/2013/02/masyaallah-tabarakallah.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...